Bio-Asli.com


PRODUK Luarbiasa Hebat .. PAYPLAN Menarik

KINI Semakin MENGGEGAR
PAYPLAN 5 KAKI SPILL-OVER dengan 20 LEVEL INTERAKTIF

Tempatkan Diri ANDA Di Dalam Program
Affiliate Terhangat ini SEKARANG!!!

Faedah-faedah Menjadi Ahli
- Komisyen promosi sehingga 20 level Interaktif-wow !!!
- Hadiah-percuma
- Sistem stokis online diperkenalkan-Semua ahli layak memohon.
- Produk baru akan dilancarkan-setiap 3 bulan (atau masa yang sesuai)
- Cabutan Hadiah tahunan
- Dan banyak lagi........

Produk-produk kami TERLARIS Di Pasaran Internet

- Minyak VCO31 "Minyak Power Rangers" ... SUAMI JUARA .. ISTERI CERIA
- Minyak Habbatus Sauda + VCO ... Merawat tubuh secara keseluruhan.
- Minyak VCO + Madu
- Minyak VCO Pure
- Pati Jus Berkhasiat
- Produk-produk hebat akan sentiasa di tambah dari masa kesemasa


Jangan Berlengah Lagi Sertai Sekarang!

KLIK url di bawah untuk Pendaftaran dan Keterangan lanjut:
http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=isteriku

Sunday, February 22, 2009

Adakah anda berminat untuk menjana pendapatan lumayan?

DIPERLUKAN SEGERA: Rakyat Malaysia Yang Ingin Menjana Pendapatan Tambahan RM800 - RM3,500 Setiap Bulan, Bekerja Cuma Satu Jam Sehari Dari Rumah Dengan Hanya Menggunakan Laptop!

Kemahiran dan pengalaman tidak diperlukan. Tiada had umur, sepenuh-masa atau part-time - jangan melepaskan peluang keemasan ini,

http://www.rahsiaclickbank.com/?aff_id=8225

Tuesday, December 30, 2008

Ditakdirkan untuk menjadi raja

KUALA PILAH - Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sepatutnya berpeluang menjadi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan pada 1967.

Namun pada waktu itu, baginda hanya berusia 18 tahun dan disebabkan masih muda, tampuk pemerintahan yang kosong ekoran kemangkatan ayahandanya, Almarhum Tuanku Munawir diserahkan kepada bapa saudaranya, Almarhum Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman.

Selepas 41 tahun, Undang Yang Empat serta Tunku Besar Tampin semalam memutuskan Tuanku Muhriz, kini berusia 60 tahun, dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11 menggantikan Tuanku Ja'afar yang mangkat pada Sabtu lalu.

Pengumuman pemasyhuran itu dibuat oleh Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Dohak, 47, pada pukul 3.45 petang semalam dalam majlis penuh adat istiadat di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti di sini.

Berbeza dengan negeri lain, pemilihan raja di Negeri Sembilan ditentukan oleh Undang Yang Empat iaitu Undang Luak Sungai Ujong, Undang Luak Jelebu, Undang Luak Rembau, Undang Luak Johol dan Tunku Besar Tampin.

Istiadat pemasyhuran yang dimulakan dengan tembakan meriam 32 das diteruskan sebaik kesemua Putera Yang Empat, Anak Raja Bergelar, Tunku Besar Tampin dan Undang Yang Empat memasuki Balairong Seri.

Sebaik semua Undang Yang Empat menghadap Tuanku Muhriz, persembahan Mas Manah disampaikan oleh Mubarak, sekali gus kedengaran tembakan meriam 21 das menandakan pemasyhuran baginda sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru.

Pada istiadat itu, Undang Luak Jelebu, Datuk Musa Wahab, 71, Undang Luak Rembau, Datuk Muhamad Sharip Othman, 67, dan Undang Luak Johol, Datuk Mohd. Jan Abdul Gani, 67, turut hadir.

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM

Friday, December 26, 2008

Ramai ibu enggan beri susu badan

KUALA LUMPUR – Budaya penyusuan badan di kalangan ibu-ibu di Malaysia sangat rendah – hanya 14.5 peratus daripada mereka memberikan susu badan kepada anaknya sehingga berumur enam bulan, menurut statistik Kementerian Kesihatan.

Ini disebabkan kejahilan mengenai nilai susu badan, kurang sokongan daripada anggota keluarga dan kakitangan penjagaan kesihatan serta kembali bekerja sebaik sahaja tamat tempoh cuti bersalin yang diwajibkan.

Sebab utama lain ialah makanan bayi komersial yang ada menggambarkan ia adalah sama jika tidak lebih baik daripada susu badan.

Bagi melindungi, mempromosi dan menyokong amalan penyusuan badan di negara ini, kementerian tersebut merangka satu kod etika produk formula bayi yang berkuat kuasa Ogos lepas.

Kod etika pertama diperkenalkan pada 1979 yang didapati tidak berkesan.

Salinan kod etika terkini diperoleh Bernama di sini semalam.

Kod itu memberikan garis panduan yang jelas untuk mengawal promosi yang kompetitif dan mengiklankan produk komersial bayi yang mungkin dilihat mengatasi kemampuan susu badan.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.

Wednesday, December 3, 2008

Mencari Siput Menjadi Aktiviti Cuti Murid Sekolah Di Kelantan

Sudah menjadi satu kelaziman dan senario semasa kehadiran musim tengkujuh di Kelantan akan kelihatan kanak-kanak bagaikan berpesta mencari 'siput bendang' dan kepah 'Timben' semasa cuti sekolah.

Bagi mereka, selain mencari wang saku untuk diri sendiri, ia menjadi aktiviti yang menyeronokkan pada musim cuti sekolah.

Siput bendang dan kepah Timben adalah hidupan air tawar dan mempunyai cengkerang yang berbelang-belang.

Perbezaan antara hidupan ini ialah siput bendang yang bersaiz lebih besar boleh didapati di kawasan sawah manakala kepah Timben hidup di kawasan tali air.

Siput dan kepah ini membiak dengan banyaknya semasa musim tengkujuh, kerana hujan akan menyebabkan tanah sawah dan tali air menghasilkan banyak lumpur dan berair, satu keadaan yang kondusif untuk habitat berkenaan.

RAKAN BARU

Bagi Alif Amiru, 13, dari Kampung Larak, Pendek, dekat sini, beliau berkata, pada musim cuti ini aktiviti seumpama adalah peluang untuknya berkenalan rakan baru di kampungnya.

"Bila kita keluar mencari siput bendang dari pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari, banyak cerita yang dikongsi bersama rakan-rakan sekolah.

"Walaupun sekampung tetapi sekolah asing-asing, jadi waktu inilah yang sesuai untuk kita kenal rapat jiran sekampung," katanya kepada Bernama.

Makanan Siput Bendang dan kepah Timben merupakan antara makanan kegemaran masyarakat Kelantan.

Makanan itu sesuai dimasak sebagai masak lemak serai, goreng pedas, rebus atau dibakar.

Alif berkata, kebanyakan hidupan air tawar itu mudah didapati di kawasan sawah dan tali air.

"Pada musim hujan air daripada hulu membawa masuk hidupan itu dan ianya akan berkumpul pada kawasan tali air dan sawah," katanya.

TALI AIR CETEK

Alif berkata, setiap pagi dia dan rakannya keluar dari rumah dengan menggalas beberapa beg plastik untuk digunakan bagi mengumpul hidupan itu.

"Bagi kepah Timben kami akan cari kawasan tali air yang tidak dalam sahaja baru kami cari. Kalau dalam kami tidak berani," katanya.

Katanya, kadang-kadang beliau risau juga jika kakinya terpijak duri semasa mencari hidupan itu bersama rakan serta terdapat kawasan jerlus di dasar tali air berkenaan.

Kebanyakan mereka hanya pergi mencari kepah Timben ketika air di kawasan tali air sedalam 0.3 meter atau hanya paras pinggang mereka.

"Tapi seronok cari dengan kawan-kawan selain kita dapat mandi dan bermain air bersama," katanya.

Menurut Mohd Syafiza Zakaria, 13, kebiasaannya siput bendang mudah dicari di kawasan sawah kerana di situlah hidupan berkenaan berkumpul.

Beliau dan rakan-rakan akan mengorek lumpur yang berada di dasar air sawah untuk mencari siput bendang dengan menggunakan tangan.

"Bimbang juga kami jika terjumpa binatang berbisa seperti ular dan lintah," katanya.

GUNA BELI BAJU SEKOLAH

Manakala Faizul Hisham, 14, berkata, mereka akan menjual hasil tangkapan siput bendang dan kepah Timben di tepi-tepi jalan seperti di Jalan Salor-Kota Baharu.

Setiap hari rakan-rakannya akan membawa kira-kira 8 kilogram atau 10 kilogram bagi kedua-dua hidupan itu untuk dijual.

"Bagi Siput bendang, kami jual RM3 sekilogram manakala kepah Timben ianya dijual RM4 sekilogram," katanya.

Wang terkumpul hasil daripada jualan itu akan digunakan untuk membeli keperluan sekolah pada tahun depan, katanya.

"Ataupun kami gunakan wang itu untuk bersiar dan makan makanan yang sedap bersama kawan," katanya.

--Oleh Mohd Razman Abdullah- BERNAMA

Tuesday, December 2, 2008

5 cara simple dan berkesan untuk anda kekalkan motivasi anda

1) Sentiasa berdoa. Ya, cara pertama ialah berdoa kepadaNYA
mengenai impian kita dan secara langsung kita akan terus mengulangi
matlamat kita. Selepas berdoa kita akan merasakan lebih tenang dan
bersemangat kerana kita sedar kejayaan kita ditentukan olehNYA.
Ingatlah Tuhan sangat suka kepada hambanya yang berdoa.

2) Sentiasa membaca matlamat. Ya mie, salah satu cara untuk
berjaya ialah dengan membaca matlamat kita berulang-ulang kali.
Perbezaan di antara jutawan dan billionaire ialah kekerapan membaca
matlamat. Jutawan membaca matlamat mereka sekali sehari manakala
billionaire membaca matlamat mereka 2 kali sehari. Cara untuk anda
membaca secara tidak langsung ialah dengan menampal matlamat anda
ditempat yang sering anda lihat. Saya percaya sejak di sekolah
rendah lagi anda mengetahui teknik ini, namun adakah anda
praktikkan? Tepuk dada tanya diri anda!

3) Sentiasa bercakap dengan diri sendiri. mie boleh menghadap
cermin dan melaung-laungkan kata semangat kepada diri anda sendiri.
Anda juga boleh mencabar diri anda sendiri dengan tujuan membina
motivasi diri. Namun, jangan sesekali anda mengatakan diri anda
dengan ayat-ayat yang negative seperti "Saya ni tidak pandai",
"Saya ni bodoh", "Memang saya ni dilahirkan tidak kaya" dan
sebagainya. Ia melambangkan seolah-olah anda tidak bersyukur dengan
nikmatNYA dan minda anda akan terus merealisasikan apa yang anda
katakan tersebut secara tidak sedar.

Sebaliknya ganti dengan ayat-ayat yang membina motivasi seperti
"Ya, saya boleh berjaya dengan perniagaan Internet", "Saya adalah
usahawan Internet yang terbaik" dan sebagainya.

4) Membaca kisah kejayaan orang lain. Ya mie, ini juga
merupakan cara kegemaran saya dimana sering membaca kisah-kisah
kejayaan orang lain. Perkara yang sering saya lakukan sebelum
membuat kerja ialah membaca kisah-kisah usahawan muda. Selepas
membacanya, rasa begitu bersemangat untuk terus berusaha untuk
menjadi seperti mereka. Secara tidak sedar, diri ini berasa
tercabar dan tahap motivasi anda berada ditahap yang terbaik. Ya,
sering berjanji dengan diri anda untuk menjadi salah seorang
daripada mereka.

5) Mendengar alunan muzik yang bisa membangkitkan semangat anda.
Ya, semua orang mempunyai lagu-lagu yang boleh membangkitkan
motivasi diri. Seperti Dr. Irfan Khairi akan terus bersemangat
apabila beliau mendengar lagu-lagu rock. So, tidak salah untuk anda
mencuba juga teknik ini.

Itu sahaja untuk kali ini. Semoga perkongsian saya ini dapat
mengubah kehidupan anda. Dengan mengekalkan motivasi diri maka
lebih mudah untuk anda fokus dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Apabila fokus menjadi rutin anda, kejayaan akan mendampingi anda
pada bila-bila masa sahaja.

-Labanon,

Friday, November 28, 2008

PRODUK BARU -AKAN DIPASARKAN PADA 2009

Lotion Power31 BRUTAL - Versi Baru


Herba Titisan Resdung

Monday, November 24, 2008

16 Sebab Kegagalan Perniagaan Oleh: Irfan Khairi

Tiada siapa inginkan kegagalan dalam
perniagaan, namun kegagalan perniagaan tetap terjadi. Ianya
dikatakan lebih daripada 90% perniagaan yang dimulakan mengalami
kegagalan.

Berikut adalah sebab-sebab kegagalan perniagaan. Pastikan anda
menjauhinya!

1: Tiada matlamat
Tiada matlamat yang jelas apa yang ingin dicapai oleh perniagaan
yang dibina. Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 1 tahun
dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 3 tahun
dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 5 tahun
dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda 10 tahun dari
sekarang? Matlamat akan menentukan arah tuju sesuatu perniagaan.
Tanpa matlamat yang jelas, perniagaan tidak mempunyai daya dan
motivasi untuk berkembang.


2: Tidak mengutamakan pelanggan
Pelanggan merupakan aset utama apa sahaja perniagaan. Utamakan
pelanggan oleh kerana apa sahaja perniagaan berfungsi untuk
memenuhi keperluan pelanggan. Ianya sering dikatakan dalam
buku-buku perniagaan bahawa pelanggan adalah raja!

3: Tidak usahakan jualan
Keuntungan perniagaan datangnya dari jualan. Amat jarang sekali
sesuatu jualan akan datang dengan sendiri. Usahawan perlu
mengusahakan untuk mendapatkan jualan. Pastikan momentum diteruskan
untuk mendapat jualan demi jualan oleh kerana tanpa jualan, tiada
keuntungan!

4: Tidak sabar
Naluri ramai usahawan adalah untuk menjadi kaya dengan segera.
Perniagaan perlu dilihat untuk mendapat keuntungan jangka waktu
panjang dan bukan meraih keuntungan maksima pada jangka waktu
singkat.

5: Gagal meletakkan prioriti
Ianya dikatakan, 20% daripada usaha akan menghasilkan 80% daripada
pulangan. Kesilapan ketara bagi mereka yang tidak bijak meletakkan
prioriti adalah memberi fokus kepad 80% usaha perniagaan yang hanya
memberi 20% daripada pulangan. Agihkan kerja-kerja perniagaan yang
tidak memerlukan masa dan tenaga anda kepada orang lain supaya
tenaga dan masa anda dapat ditumpukan pada aktiviti 20% yang
memberi keuntungan 80%.

6: Melakukan sesuatu di luar bidang
Sebaiknya, jalankan perniagaan di mana letaknya kekuatan anda.
Memulakan perniagaan yang bukan dalam kekuatan anda hanya akan
mengurangkan motivasi anda.

7: Tidak mempunyai daya saingan pada produk atau perkhidmatan
Persaingan semakin sengit dalam arena perniagaan. Sesuatu
perniagaan perlu mempunyai daya saingan yang hebat berbanding
dengan pesaing dari segi lebih baik, atau lebih murah, atau lebih
pantas dari pesaing. Tanpa daya saingan untuk membezakan anda
dengan pesaing, ianya hanya akan menenggelamkan perniagaan anda.

8: Produk tidak memenuhi keperluan pelanggan
Mempunyai produk untuk dijual adalah langkah utama memulakan
perniagaan. Namun, dengan mempunyai produk sahaja, tidak mencukupi.
Produk yang dijual perlu dapat memenuhi keperluan pelanggan.
Mungkin anda ingin jual bahan kosmetik untuk memutihkan kulit,
tetapi produk anda bukan sahaja memutihkan wajah pengguna, ianya
menyebabkan kulit berminyak di wajah pengguna pula. Maka, produk
tersebut tidak dapat memenuhi keperluan pengguna.

9: Produk dan perkhidmatan pelanggan yang tidak berkualiti
Zaman ini, pelanggan mementingkan kualiti produk dan perkhidmatan
pelanggan. Oleh kerana persaingan semakin tinggi, terdapat
berbagai-bagai pilihan yang boleh dibuat oleh pelanggan. Produk dan
perkhidmatan yang berkualiti akan menjadi pilihan utama.

10: Gagal mengenalpasti pelanggan
Siapakah bakal pelanggan anda? Dimana komuniti bakal pelanggan
anda? Apakah kemampuan kewangan bakal pelanggan anda? Bagaimana
caranya anda boleh mencapai bakal pelanggan anda? Strategi
perniagaan adalah menetapkan tumpuan pasaran anda (niche market).
Dengan menetapkan tumpuan pasaran anda, ianya adalah lebih mudah
mengenalpasti pelanggan anda untuk melakukan sebarang jualan.

11: Lemah dalam urusan kewangan
Fahami angka kewangan perniagaan anda. Pastikan setiap transaksi
perniagaan diambil kira dan walaupun bunyinya mudah, namun, terlalu
banyak perniagaan membelanja lebih daripada apa yang diterima.
Bijak dalam berbelanja untuk perniagaan, walaupun usahawan perlu
mengambil risiko kewangan, namun risiko yang terbaik adalah risiko
yang telah diselidik.

12. Gagal mengikut trend semasa dan pasaran
Trend dan pasaran berubah mengikut masa. Satu ketika dulu, walkman
menjadi pilihan utama muda mudi berhibur, kini trend sudah berubah
menjadi pemain MP3! Usahawan perlu peka kepada trend semasa dan
pasaran supaya perniagaan sering dikemaskini mengikut arus zaman.

13: Perbelanjaan overhed yang tinggi
Seringkali kos overhed memakan segala keuntungan perniagaan.
Pastikan kos overhed adalah pada minimum. Kos overhed termasuk kos
elektrik, kos pekerja, kos premis, kos air, kos Internet dan
sebagainya. Kos overhed akan sentiasa dikenakan setiap bulan.
Sekiranya kos overhed mencecah RM20,000 setiap bulan, maka,
keuntungan perniagaan perlu melebihi RM20,000 hanya untuk mendapat
keuntungan.

14: Tiada perancangan perniagaan
Tidak melakukan perancangan adalah merancang untuk gagal. Sediakan
pelan dan langkah-langkah untuk mengembangkan perniagaan anda.
Aturkan strategi pemasaran dalam mendapat pelanggan yang ramai.
Perniagaan menjadi cemerlang bukan kerana nasib, tetapi kerana
perancangan perniagaan yang lengkap.

15: Perancangan tanpa tindakan
Perancangan hanyalah langkah pertama. Perancangan tanpa tindakan
susulan tidak akan membuahkan hasil! Pastikan apa yang dirancang,
diimplementasikan. Apa akan terjadi sekiranya apa yang dilaksanakan
tidak menjadi dan gagal? Tidak mengapa, kegagalan akan mengajar
anda untuk mengubah perancangan. Kegagalan adalah guru yang paling
baik dalam perniagaan sekiranya anda membenarkan diri anda
mempelajari dari kesilapan.

16. Gagal berhubung dengan pekerja
Sememangnya agak sukar menjalankan perniagaan dengan sendiri tanpa
mengagihkan kerja kepada pihak lain. Fahami kehendak dan keperluan
pekerja oleh kerana pekerja akan membantu memajukan perniagaan
anda. Hubungan yang baik dengan pekerja akan memberi motivasi
kepada pekerja untuk berusaha dengan lebih tinggi dalam memajukan
perniagaan anda.

Dengan mengetahui dan memahami sebab-sebab kegagalan perniagaan,
ianya dapat membantu anda menghindari dari kegagalan perniagaan.
Namun begitu, perlu diingat juga bahawa, sekiranya sekiranya rezeki
perniagaan tidak menyebelahi anda dan anda menghadapi kegagalan,
gagal sekali, bukan bermaksud gagal selamanya. Teruskan usaha oleh
kerana kejayaan sering dijumpa disebalik kegagalan!

-http://www.irfankhairi.com