Bio-Asli.com


PRODUK Luarbiasa Hebat .. PAYPLAN Menarik

KINI Semakin MENGGEGAR
PAYPLAN 5 KAKI SPILL-OVER dengan 20 LEVEL INTERAKTIF

Tempatkan Diri ANDA Di Dalam Program
Affiliate Terhangat ini SEKARANG!!!

Faedah-faedah Menjadi Ahli
- Komisyen promosi sehingga 20 level Interaktif-wow !!!
- Hadiah-percuma
- Sistem stokis online diperkenalkan-Semua ahli layak memohon.
- Produk baru akan dilancarkan-setiap 3 bulan (atau masa yang sesuai)
- Cabutan Hadiah tahunan
- Dan banyak lagi........

Produk-produk kami TERLARIS Di Pasaran Internet

- Minyak VCO31 "Minyak Power Rangers" ... SUAMI JUARA .. ISTERI CERIA
- Minyak Habbatus Sauda + VCO ... Merawat tubuh secara keseluruhan.
- Minyak VCO + Madu
- Minyak VCO Pure
- Pati Jus Berkhasiat
- Produk-produk hebat akan sentiasa di tambah dari masa kesemasa


Jangan Berlengah Lagi Sertai Sekarang!

KLIK url di bawah untuk Pendaftaran dan Keterangan lanjut:
http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=isteriku

Tuesday, December 30, 2008

Ditakdirkan untuk menjadi raja

KUALA PILAH - Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sepatutnya berpeluang menjadi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan pada 1967.

Namun pada waktu itu, baginda hanya berusia 18 tahun dan disebabkan masih muda, tampuk pemerintahan yang kosong ekoran kemangkatan ayahandanya, Almarhum Tuanku Munawir diserahkan kepada bapa saudaranya, Almarhum Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman.

Selepas 41 tahun, Undang Yang Empat serta Tunku Besar Tampin semalam memutuskan Tuanku Muhriz, kini berusia 60 tahun, dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11 menggantikan Tuanku Ja'afar yang mangkat pada Sabtu lalu.

Pengumuman pemasyhuran itu dibuat oleh Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Dohak, 47, pada pukul 3.45 petang semalam dalam majlis penuh adat istiadat di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti di sini.

Berbeza dengan negeri lain, pemilihan raja di Negeri Sembilan ditentukan oleh Undang Yang Empat iaitu Undang Luak Sungai Ujong, Undang Luak Jelebu, Undang Luak Rembau, Undang Luak Johol dan Tunku Besar Tampin.

Istiadat pemasyhuran yang dimulakan dengan tembakan meriam 32 das diteruskan sebaik kesemua Putera Yang Empat, Anak Raja Bergelar, Tunku Besar Tampin dan Undang Yang Empat memasuki Balairong Seri.

Sebaik semua Undang Yang Empat menghadap Tuanku Muhriz, persembahan Mas Manah disampaikan oleh Mubarak, sekali gus kedengaran tembakan meriam 21 das menandakan pemasyhuran baginda sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru.

Pada istiadat itu, Undang Luak Jelebu, Datuk Musa Wahab, 71, Undang Luak Rembau, Datuk Muhamad Sharip Othman, 67, dan Undang Luak Johol, Datuk Mohd. Jan Abdul Gani, 67, turut hadir.

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM

Friday, December 26, 2008

Ramai ibu enggan beri susu badan

KUALA LUMPUR – Budaya penyusuan badan di kalangan ibu-ibu di Malaysia sangat rendah – hanya 14.5 peratus daripada mereka memberikan susu badan kepada anaknya sehingga berumur enam bulan, menurut statistik Kementerian Kesihatan.

Ini disebabkan kejahilan mengenai nilai susu badan, kurang sokongan daripada anggota keluarga dan kakitangan penjagaan kesihatan serta kembali bekerja sebaik sahaja tamat tempoh cuti bersalin yang diwajibkan.

Sebab utama lain ialah makanan bayi komersial yang ada menggambarkan ia adalah sama jika tidak lebih baik daripada susu badan.

Bagi melindungi, mempromosi dan menyokong amalan penyusuan badan di negara ini, kementerian tersebut merangka satu kod etika produk formula bayi yang berkuat kuasa Ogos lepas.

Kod etika pertama diperkenalkan pada 1979 yang didapati tidak berkesan.

Salinan kod etika terkini diperoleh Bernama di sini semalam.

Kod itu memberikan garis panduan yang jelas untuk mengawal promosi yang kompetitif dan mengiklankan produk komersial bayi yang mungkin dilihat mengatasi kemampuan susu badan.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.

Wednesday, December 3, 2008

Mencari Siput Menjadi Aktiviti Cuti Murid Sekolah Di Kelantan

Sudah menjadi satu kelaziman dan senario semasa kehadiran musim tengkujuh di Kelantan akan kelihatan kanak-kanak bagaikan berpesta mencari 'siput bendang' dan kepah 'Timben' semasa cuti sekolah.

Bagi mereka, selain mencari wang saku untuk diri sendiri, ia menjadi aktiviti yang menyeronokkan pada musim cuti sekolah.

Siput bendang dan kepah Timben adalah hidupan air tawar dan mempunyai cengkerang yang berbelang-belang.

Perbezaan antara hidupan ini ialah siput bendang yang bersaiz lebih besar boleh didapati di kawasan sawah manakala kepah Timben hidup di kawasan tali air.

Siput dan kepah ini membiak dengan banyaknya semasa musim tengkujuh, kerana hujan akan menyebabkan tanah sawah dan tali air menghasilkan banyak lumpur dan berair, satu keadaan yang kondusif untuk habitat berkenaan.

RAKAN BARU

Bagi Alif Amiru, 13, dari Kampung Larak, Pendek, dekat sini, beliau berkata, pada musim cuti ini aktiviti seumpama adalah peluang untuknya berkenalan rakan baru di kampungnya.

"Bila kita keluar mencari siput bendang dari pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari, banyak cerita yang dikongsi bersama rakan-rakan sekolah.

"Walaupun sekampung tetapi sekolah asing-asing, jadi waktu inilah yang sesuai untuk kita kenal rapat jiran sekampung," katanya kepada Bernama.

Makanan Siput Bendang dan kepah Timben merupakan antara makanan kegemaran masyarakat Kelantan.

Makanan itu sesuai dimasak sebagai masak lemak serai, goreng pedas, rebus atau dibakar.

Alif berkata, kebanyakan hidupan air tawar itu mudah didapati di kawasan sawah dan tali air.

"Pada musim hujan air daripada hulu membawa masuk hidupan itu dan ianya akan berkumpul pada kawasan tali air dan sawah," katanya.

TALI AIR CETEK

Alif berkata, setiap pagi dia dan rakannya keluar dari rumah dengan menggalas beberapa beg plastik untuk digunakan bagi mengumpul hidupan itu.

"Bagi kepah Timben kami akan cari kawasan tali air yang tidak dalam sahaja baru kami cari. Kalau dalam kami tidak berani," katanya.

Katanya, kadang-kadang beliau risau juga jika kakinya terpijak duri semasa mencari hidupan itu bersama rakan serta terdapat kawasan jerlus di dasar tali air berkenaan.

Kebanyakan mereka hanya pergi mencari kepah Timben ketika air di kawasan tali air sedalam 0.3 meter atau hanya paras pinggang mereka.

"Tapi seronok cari dengan kawan-kawan selain kita dapat mandi dan bermain air bersama," katanya.

Menurut Mohd Syafiza Zakaria, 13, kebiasaannya siput bendang mudah dicari di kawasan sawah kerana di situlah hidupan berkenaan berkumpul.

Beliau dan rakan-rakan akan mengorek lumpur yang berada di dasar air sawah untuk mencari siput bendang dengan menggunakan tangan.

"Bimbang juga kami jika terjumpa binatang berbisa seperti ular dan lintah," katanya.

GUNA BELI BAJU SEKOLAH

Manakala Faizul Hisham, 14, berkata, mereka akan menjual hasil tangkapan siput bendang dan kepah Timben di tepi-tepi jalan seperti di Jalan Salor-Kota Baharu.

Setiap hari rakan-rakannya akan membawa kira-kira 8 kilogram atau 10 kilogram bagi kedua-dua hidupan itu untuk dijual.

"Bagi Siput bendang, kami jual RM3 sekilogram manakala kepah Timben ianya dijual RM4 sekilogram," katanya.

Wang terkumpul hasil daripada jualan itu akan digunakan untuk membeli keperluan sekolah pada tahun depan, katanya.

"Ataupun kami gunakan wang itu untuk bersiar dan makan makanan yang sedap bersama kawan," katanya.

--Oleh Mohd Razman Abdullah- BERNAMA

Tuesday, December 2, 2008

5 cara simple dan berkesan untuk anda kekalkan motivasi anda

1) Sentiasa berdoa. Ya, cara pertama ialah berdoa kepadaNYA
mengenai impian kita dan secara langsung kita akan terus mengulangi
matlamat kita. Selepas berdoa kita akan merasakan lebih tenang dan
bersemangat kerana kita sedar kejayaan kita ditentukan olehNYA.
Ingatlah Tuhan sangat suka kepada hambanya yang berdoa.

2) Sentiasa membaca matlamat. Ya mie, salah satu cara untuk
berjaya ialah dengan membaca matlamat kita berulang-ulang kali.
Perbezaan di antara jutawan dan billionaire ialah kekerapan membaca
matlamat. Jutawan membaca matlamat mereka sekali sehari manakala
billionaire membaca matlamat mereka 2 kali sehari. Cara untuk anda
membaca secara tidak langsung ialah dengan menampal matlamat anda
ditempat yang sering anda lihat. Saya percaya sejak di sekolah
rendah lagi anda mengetahui teknik ini, namun adakah anda
praktikkan? Tepuk dada tanya diri anda!

3) Sentiasa bercakap dengan diri sendiri. mie boleh menghadap
cermin dan melaung-laungkan kata semangat kepada diri anda sendiri.
Anda juga boleh mencabar diri anda sendiri dengan tujuan membina
motivasi diri. Namun, jangan sesekali anda mengatakan diri anda
dengan ayat-ayat yang negative seperti "Saya ni tidak pandai",
"Saya ni bodoh", "Memang saya ni dilahirkan tidak kaya" dan
sebagainya. Ia melambangkan seolah-olah anda tidak bersyukur dengan
nikmatNYA dan minda anda akan terus merealisasikan apa yang anda
katakan tersebut secara tidak sedar.

Sebaliknya ganti dengan ayat-ayat yang membina motivasi seperti
"Ya, saya boleh berjaya dengan perniagaan Internet", "Saya adalah
usahawan Internet yang terbaik" dan sebagainya.

4) Membaca kisah kejayaan orang lain. Ya mie, ini juga
merupakan cara kegemaran saya dimana sering membaca kisah-kisah
kejayaan orang lain. Perkara yang sering saya lakukan sebelum
membuat kerja ialah membaca kisah-kisah usahawan muda. Selepas
membacanya, rasa begitu bersemangat untuk terus berusaha untuk
menjadi seperti mereka. Secara tidak sedar, diri ini berasa
tercabar dan tahap motivasi anda berada ditahap yang terbaik. Ya,
sering berjanji dengan diri anda untuk menjadi salah seorang
daripada mereka.

5) Mendengar alunan muzik yang bisa membangkitkan semangat anda.
Ya, semua orang mempunyai lagu-lagu yang boleh membangkitkan
motivasi diri. Seperti Dr. Irfan Khairi akan terus bersemangat
apabila beliau mendengar lagu-lagu rock. So, tidak salah untuk anda
mencuba juga teknik ini.

Itu sahaja untuk kali ini. Semoga perkongsian saya ini dapat
mengubah kehidupan anda. Dengan mengekalkan motivasi diri maka
lebih mudah untuk anda fokus dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Apabila fokus menjadi rutin anda, kejayaan akan mendampingi anda
pada bila-bila masa sahaja.

-Labanon,

Friday, November 28, 2008

PRODUK BARU -AKAN DIPASARKAN PADA 2009

Lotion Power31 BRUTAL - Versi Baru


Herba Titisan Resdung

Monday, November 24, 2008

16 Sebab Kegagalan Perniagaan Oleh: Irfan Khairi

Tiada siapa inginkan kegagalan dalam
perniagaan, namun kegagalan perniagaan tetap terjadi. Ianya
dikatakan lebih daripada 90% perniagaan yang dimulakan mengalami
kegagalan.

Berikut adalah sebab-sebab kegagalan perniagaan. Pastikan anda
menjauhinya!

1: Tiada matlamat
Tiada matlamat yang jelas apa yang ingin dicapai oleh perniagaan
yang dibina. Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 1 tahun
dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 3 tahun
dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 5 tahun
dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda 10 tahun dari
sekarang? Matlamat akan menentukan arah tuju sesuatu perniagaan.
Tanpa matlamat yang jelas, perniagaan tidak mempunyai daya dan
motivasi untuk berkembang.


2: Tidak mengutamakan pelanggan
Pelanggan merupakan aset utama apa sahaja perniagaan. Utamakan
pelanggan oleh kerana apa sahaja perniagaan berfungsi untuk
memenuhi keperluan pelanggan. Ianya sering dikatakan dalam
buku-buku perniagaan bahawa pelanggan adalah raja!

3: Tidak usahakan jualan
Keuntungan perniagaan datangnya dari jualan. Amat jarang sekali
sesuatu jualan akan datang dengan sendiri. Usahawan perlu
mengusahakan untuk mendapatkan jualan. Pastikan momentum diteruskan
untuk mendapat jualan demi jualan oleh kerana tanpa jualan, tiada
keuntungan!

4: Tidak sabar
Naluri ramai usahawan adalah untuk menjadi kaya dengan segera.
Perniagaan perlu dilihat untuk mendapat keuntungan jangka waktu
panjang dan bukan meraih keuntungan maksima pada jangka waktu
singkat.

5: Gagal meletakkan prioriti
Ianya dikatakan, 20% daripada usaha akan menghasilkan 80% daripada
pulangan. Kesilapan ketara bagi mereka yang tidak bijak meletakkan
prioriti adalah memberi fokus kepad 80% usaha perniagaan yang hanya
memberi 20% daripada pulangan. Agihkan kerja-kerja perniagaan yang
tidak memerlukan masa dan tenaga anda kepada orang lain supaya
tenaga dan masa anda dapat ditumpukan pada aktiviti 20% yang
memberi keuntungan 80%.

6: Melakukan sesuatu di luar bidang
Sebaiknya, jalankan perniagaan di mana letaknya kekuatan anda.
Memulakan perniagaan yang bukan dalam kekuatan anda hanya akan
mengurangkan motivasi anda.

7: Tidak mempunyai daya saingan pada produk atau perkhidmatan
Persaingan semakin sengit dalam arena perniagaan. Sesuatu
perniagaan perlu mempunyai daya saingan yang hebat berbanding
dengan pesaing dari segi lebih baik, atau lebih murah, atau lebih
pantas dari pesaing. Tanpa daya saingan untuk membezakan anda
dengan pesaing, ianya hanya akan menenggelamkan perniagaan anda.

8: Produk tidak memenuhi keperluan pelanggan
Mempunyai produk untuk dijual adalah langkah utama memulakan
perniagaan. Namun, dengan mempunyai produk sahaja, tidak mencukupi.
Produk yang dijual perlu dapat memenuhi keperluan pelanggan.
Mungkin anda ingin jual bahan kosmetik untuk memutihkan kulit,
tetapi produk anda bukan sahaja memutihkan wajah pengguna, ianya
menyebabkan kulit berminyak di wajah pengguna pula. Maka, produk
tersebut tidak dapat memenuhi keperluan pengguna.

9: Produk dan perkhidmatan pelanggan yang tidak berkualiti
Zaman ini, pelanggan mementingkan kualiti produk dan perkhidmatan
pelanggan. Oleh kerana persaingan semakin tinggi, terdapat
berbagai-bagai pilihan yang boleh dibuat oleh pelanggan. Produk dan
perkhidmatan yang berkualiti akan menjadi pilihan utama.

10: Gagal mengenalpasti pelanggan
Siapakah bakal pelanggan anda? Dimana komuniti bakal pelanggan
anda? Apakah kemampuan kewangan bakal pelanggan anda? Bagaimana
caranya anda boleh mencapai bakal pelanggan anda? Strategi
perniagaan adalah menetapkan tumpuan pasaran anda (niche market).
Dengan menetapkan tumpuan pasaran anda, ianya adalah lebih mudah
mengenalpasti pelanggan anda untuk melakukan sebarang jualan.

11: Lemah dalam urusan kewangan
Fahami angka kewangan perniagaan anda. Pastikan setiap transaksi
perniagaan diambil kira dan walaupun bunyinya mudah, namun, terlalu
banyak perniagaan membelanja lebih daripada apa yang diterima.
Bijak dalam berbelanja untuk perniagaan, walaupun usahawan perlu
mengambil risiko kewangan, namun risiko yang terbaik adalah risiko
yang telah diselidik.

12. Gagal mengikut trend semasa dan pasaran
Trend dan pasaran berubah mengikut masa. Satu ketika dulu, walkman
menjadi pilihan utama muda mudi berhibur, kini trend sudah berubah
menjadi pemain MP3! Usahawan perlu peka kepada trend semasa dan
pasaran supaya perniagaan sering dikemaskini mengikut arus zaman.

13: Perbelanjaan overhed yang tinggi
Seringkali kos overhed memakan segala keuntungan perniagaan.
Pastikan kos overhed adalah pada minimum. Kos overhed termasuk kos
elektrik, kos pekerja, kos premis, kos air, kos Internet dan
sebagainya. Kos overhed akan sentiasa dikenakan setiap bulan.
Sekiranya kos overhed mencecah RM20,000 setiap bulan, maka,
keuntungan perniagaan perlu melebihi RM20,000 hanya untuk mendapat
keuntungan.

14: Tiada perancangan perniagaan
Tidak melakukan perancangan adalah merancang untuk gagal. Sediakan
pelan dan langkah-langkah untuk mengembangkan perniagaan anda.
Aturkan strategi pemasaran dalam mendapat pelanggan yang ramai.
Perniagaan menjadi cemerlang bukan kerana nasib, tetapi kerana
perancangan perniagaan yang lengkap.

15: Perancangan tanpa tindakan
Perancangan hanyalah langkah pertama. Perancangan tanpa tindakan
susulan tidak akan membuahkan hasil! Pastikan apa yang dirancang,
diimplementasikan. Apa akan terjadi sekiranya apa yang dilaksanakan
tidak menjadi dan gagal? Tidak mengapa, kegagalan akan mengajar
anda untuk mengubah perancangan. Kegagalan adalah guru yang paling
baik dalam perniagaan sekiranya anda membenarkan diri anda
mempelajari dari kesilapan.

16. Gagal berhubung dengan pekerja
Sememangnya agak sukar menjalankan perniagaan dengan sendiri tanpa
mengagihkan kerja kepada pihak lain. Fahami kehendak dan keperluan
pekerja oleh kerana pekerja akan membantu memajukan perniagaan
anda. Hubungan yang baik dengan pekerja akan memberi motivasi
kepada pekerja untuk berusaha dengan lebih tinggi dalam memajukan
perniagaan anda.

Dengan mengetahui dan memahami sebab-sebab kegagalan perniagaan,
ianya dapat membantu anda menghindari dari kegagalan perniagaan.
Namun begitu, perlu diingat juga bahawa, sekiranya sekiranya rezeki
perniagaan tidak menyebelahi anda dan anda menghadapi kegagalan,
gagal sekali, bukan bermaksud gagal selamanya. Teruskan usaha oleh
kerana kejayaan sering dijumpa disebalik kegagalan!

-http://www.irfankhairi.com

Wednesday, November 5, 2008

Natural Soap Minyak Kelapa Dara


Produk Baru

Berat :80mg
Kandungan : Minyak Kelapa Dara, Natrium Hidroksida, Natrium Karbonat, Natrium Klorida

Gliserin, Parfum, Asid Stearik, Butil Hidroksi Toluena

Cara penggunaan :

Gunakan sabun ketika mandi

TAHUKAH ANDA?
Sabun yang banyak di pasaran yang disebut sebagai sabun, sebenarnya adalah detergent, iaitu bahan asli yang di pakai adalah Sodium Lauryl Sulfate ( SLS), Sodium Laureth Sulfate (SLES) merupakan bahan asas pembuatan detergent , SLS berfungsi sebagai surfactant ( surface active agent) atau agen pembersih. Kerana bersifat pembersih, maka lemak - lemak yang berfungsi untuk melindungi kulit juga ikut larut, sehingga kulit menjadi kering dan akan mengakibatkan iritasi.

Sabun mandi komersial pada umumnya mengandungi banyak bahan-bahan kimia seperti kandungan petroleum, synthetic chemical, dan petrochemical (chemicals harmful) yang dapat merosakkan kulit.


FAKTA TENTANG SABUN KELAPA DARA
Kandungan bahan-bahan yang terdapat dalam Sabun Kelapa Dara adalah ramuan asli khazanah alam yang diperkaya dengan minyak kelapa dara bagi membantu memelihara kesegaran badan serta menjadikan kulit lebih licin, halus serta bersih secara semulajadi. Setiap kandungan bahan-bahan mempunyai fungsi seperti:


Asam Stearat / Stearic Acid
Dipakai untuk membuat sabun natural (optional) dan sabun transparan, fungsinya adalah untuk mengeraskan sabun dan menstabilkan busa.

NaOH (Natrium Hydroxide)
Disebut juga kaustik soda atau soda api, merupakan bahan kimia yang harus ada dalam pembuatan sabun. Merupakan senyawa alkali yang bersifat basa dan mampu menetralisir asam.

Glycerin
Adalah produk samping dari reaksi hidrolisis antara minyak nabati dengan air untuk menghasilkan asam lemak. Glycerin merupakan humektan sehingga dapat berfungsi sebagai pelembap pada kulit. Glycerin berbentuk cairan jernih, tidak berbau dan memiliki rasa manis.


KELEBIHAN SABUN KELAPA DARA

Sabun Kelapa Dara adalah sabun mandi alami/ herbal yang diperbuat dari bahan-bahan alami dan dilengkapi dengan Minyak Kelapa Dara dan bahan-bahan yang kaya dengan Vitamin A, E yang berfungsi melambatkan proses penuaan kulit, melindungi kerosakan kulit dan menjaga kulit agar awet muda sehingga lembut dan halus. Selain khasiat minyak kelapa dara yang kaya dengan vitamin anti oksidan, bahan-bahan lain yang terkandung dalam Sabun Kelapa Dara juga berfungsi menghilangkan kedut di wajah dan juga penyakit kulit yang berfungsi sebagai antibodi.

KLIK url di bawah untuk Pendaftaran dan Keterangan lanjut:
http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=isteriku

Monday, November 3, 2008

Membina Blog Wordpress menjadi masalah kepada anda? Serahkan Kepada Saya!

Membina Blog Wordpress menjadi masalah kepada anda? Serahkan Kepada Saya!
Kini…Semua orang boleh memiliki blog domain sendiri tanpa perlu lagi mengeluarkan budjet yang terlalu besar dan memeningkan kepala anda… Saya menyediakan perkhidmatan membina dan set up blog wordpress kepada sesiapa yang tidak tahu atau mempunyai masalah dalam membina blog dot com (wordpress) sendiri.

Jika anda ingin memiliki Blog Dot Com anda sendiri dan menjana pendapatan dari internet.

Kini saya menawarkan dua pakej Khidmat Bina Blog Wordpress.

Klik di sini untuk informasi lanjut.

Saturday, November 1, 2008

Mawi Oh Mawi

Andainya tiada apa-apa halangan maka penutup tirai 2008 ini masyarakat Malaysia bakal menyaksikan salah satu perkahwinan termahal. Perkahwinan Mawi dan Ikin. Jangan ada mana-mana pihak yang pertikaikan tingginya kos perkahwinan tersebut. Bukankah perkahwinan itu ditaja. Tiada masalah bagi penaja berbelanja besar sebab pulangannya juga adalah besar. Sebelum ini sudah banyak berlangsungnya perkahwinan mahal umpama perkahwinan Mawi.

Menurut Mawi, kononnya kalau buat kecil-kecilan nanti orang kata kedekut. Alasan demikan lazimnya orang tidak boleh terima. Berlebih-lebihan dan mewahlah biasanya orang persoalkan. Namun aspek ini juga tidak penting untuk diperkatakan kerana setiap orang akan berbeza pandangan. Itu adalah perkara biasa.

Apa yang lebih penting untuk Mawi ambil perhatian, peka dan prihatin ialah rumahtangga dikalangan artis. Memanglah, soal krisis rumahtangga bukan melanda dikalangan artis sahaja. Fakta ini memang diakui. Golongan lain pun sama juga kedudukannya. Yakni krisis rumahtangga berlaku dikalangan golongan lain. Cuma krisis rumahtangga dikalangan public figure seperti artis dipandang negatif oleh masyarakat. Selain itu perlu juga difahami, kalau dikalangan seribu orang guru umpama, seribu orang polis atau askar atau pekerja kilang, lima puluh orang yang bercerai maka itu baru kedudukannya lima peratus. Bagaimana kalau jumlah yang sama iaitu lima puluh orang daripada seratus artis. Bukankah kedudukannya adalah lima puluh peratus.

Terdapat dua jenis ikatan cinta antara suami isteri iaitu cinta fitrah dan cinta iman. Ikatan atas dasar cinta fitrah bukan satu jaminan rumahtangga akan aman damai. Cinta fitrah adalah anugerah Allah kepada semua manusia. Inilah perasaan atau rasa cinta yang Allah SWT sudah bekalkan secara semula jadi, yakni lelaki inginkan wanita dan begitulah sebaliknya. Perlu diingat, cinta fitrah ini kalau tidak tercabar, tiada risiko, tiada ujian, tiada ancaman, tiada halangan, tiada gangguan, tiada saingan, tidak terusik dan tidak terganggu, memang boleh bertahan dan tidak tergugat hingga kehujung hayat. Cinta fitrah ini sifatnya mudah luntur sekiranya tercabar atau ada risiko atau ada halangan. Umpamanya mencintai atas sebab cantik. Bila hilang kecantikan atau sudah berusia maka lunturlah cinta. Bagitu juga umpamanya cinta atas sebab bertubuh sasa. Bila kurang sasa maka kuranglah cinta.

Orang kata, cinta itu buta. Cinta iman inilah yang amat buta kerana cinta atas ikatan iman, tidak mengenal sebarang kepentingan kecuali Allah. Cinta iman tidak mempedulikan rupa paras, harta benda, pangkat dan darjat. Ikatan cinta iman ialah suami isteri sama-sama mahu mendapatkan Tuhan. Cinta iman adalah berkahwin kerana Tuhan, ikut syariat Tuhan dan matlamatnya adalah Tuhan dan sama-sama mahu selamat di akhirat. Hanya cinta iman sahaja yang terjamin, tidak pudar dan tidak luntur. Biar bagaimana besar badai rumahtangga yang melanda namun cinta iman tetap utuh, seutuh keimanan kepada Allah SWT. Di akhir zaman ini amat sukar menemui cinta iman kerana manusia sudah kurang menitik beratkan soal iman. Semoga rakyat Malaysia sama-sama menyaksikan sebuah cinta iman milik Mawi dan Ikin. Cinta sejati yang semakin lama semakin mendalam dan semakin bahagia.

sumber;SayangiKeluarga.com

Friday, October 31, 2008

Antara Cinta Dan Suka



Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.

Tapi di depan orang yang kita suka,hati kita akan gembira

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yg kita suka,lidah bebas berkata apa saja.

Di depan orang yang kita cintai,kita menjadi malu
Di depan orang yang kita suka,kita akan tunjukan image yang sebenarnya

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.

Wednesday, October 29, 2008

Kaedah Paling RAKUS Jana RM100 dlm 1 minit

Seorang rakyat Malaysia telah berjaya mengumpul RM120,000 dalam masa 3 bulan dengan satu RAHSIA menjana wang di Internet dan akan membongkarkan rahsianya sekarang juga!

"Sekarang Anda Juga Boleh Menggunakan Kaedah Rahsia Paling Rakus Untuk Mengaut Bersih RM100 Setiap Satu Minit Di Depan Komputer Anda Dengan Menggunakan Cara Yang Masih Belum Di Ketahui Di Malaysia!"

Sila klik URL dibawah untuk keterangan lanjut;

http://www.maharajavideo.com/?aff=mieroc

Teknik Pendapatan Internet Hebat Dan Mudah Dengan Komputer Anda!

"Pelajari Bagaimana Untuk Menjana Pendapatan Dari RM10,000 ke RM15,000 Sebulan Dengan Hanya Mengisi Borang Survey Selama Beberapa Minit Setiap Malam Di Depan Komputer Anda Sahaja!"

Sesiapa Sahaja Termasuk Anda Boleh Lakukannya!

Mengapa Mereka Hendak Membayar Anda
Untuk Mengisi Borang Survey?

Ini sebabnya: Mereka perlu memahami kehendak dan citarasa anda!

Syarikat-syarikat Fortune500 bertaraf dunia ini perlu faham dan tahu citarasa anda sebelum mereka memasarkan produk-produk mereka atau mengambil keputusan untuk develop produk mereka atau tidak.

Syarikat-syarikat ini sanggup membayar jutaan ringgit semata-mata untuk maklumat ini dan mahu memahami citarasa dan kehendak orang biasa seperti anda dan saya. Apabila mereka sudah dapat memahami citarasa pelanggan mereka seperti anda dan saya, mereka akan memasarkan produk-produk mereka dan jana lebih banyak jutaan dollar lagi.

Mereka ingin tahu...

Soalan-soalan yang mudah seperti berikut:

1. Berapa kali dalam sebulan anda pergi membeli-belah di Tesco?
2. Kasut jenis apa yang anda suka pakai?
3. Anda suka pakai kereta hybrid (kereta elektrik) atau tidak?

dan lain-lain lagi.

Apa Yang Membezakan Teknik Menjawab Survey Ini Dengan Teknik-Teknik Menjana Wang Yang Lain?

* Tidak perlu sebarang kemahiran komputer, hanya perlu isi borang survey
* Tiada stress... mudah sahaja
* Tidak perlu halaman web atau blog
* Tidak perlu email sesiapa atau menjadi affiliate untuk menjual barang
* Tidak ada produk dan tidak perlu simpan apa-apa stok
* Tiada modal dan tiada perbelanjaan untuk mengisi borang di rumah anda
* Tiada sebarang risiko kewangan, percuma untuk mengisi borang survey
* Tidak perlu memujuk sesiapa untuk menyertai apa-apa
* Tidak perlu menjual buku atau menjadi affiliate untuk apa-apa
* Tidak perlu mengiklan di mana-mana dan membelanja wang iklan
* Tiada kuota dan lain-lain
* Tidak perlu banyak masa, hanya sejam sehari sudah cukup!
* Tidak perlu komputer, buat dari cyber cafe pun boleh
* Tidak perlu menjawab ke sesiapa

sila klik untuk keterangan lanjut

Pendapatan RM10,000 mengisi borang

Tuesday, October 28, 2008

Radio Hot FM Radio Nombor Satu di Malaysia

Tahniah buat Hot FM kerana berjaya telah menjadi radio nombor SATU di Malaysia!

Dalam jangkamasa yang singkat, Hot FM dan Fly FM telah membuktikan bahawa kehadiran mereka dalam bidang penyiaran radio telah berjaya mendominasi industri tersebut di Malaysia. Hasil kajian terbaru yang dijalankan oleh Nielsen Media Research jelas menunjukkan prestasi yang cukup memberangsangkan yang berjaya dicapai oleh stesen-stesen radio milik Rangkaian Radio Media Prima.
CATATAN KAJIAN YANG MEMBERANGSANGKAN

Hot FM telah merekodkan peningkatan pendengar secara konsisten dan kini merupakan stesen nombor 1 Malaysia *bagi pendengar secara purata, stesen nombor 1 untuk lingkungan bawah umur 34 tahun dan merupakan stesen nombor satu negara bagi pasaran di bandar-bandar utama secara terkumpul: KL/PJ, Johor Bahru, Pulau Pinang, Seberang Prai dan Ipoh. Menurut kajian terbaru yang dikeluarkan oleh Nielsen Media Research (NMR), Hot FM kini berjaya mencatatkan kenaikan pendengar dari 2.9 juta dalam tahun 2006 ke 4.3 juta pendengar.

Persaingan sihat dan ternyata sengit dikalangan radio tempatan akhirnya membuahkan hasil apabila Hot FM AM Krew (yang dihoskan oleh Penyampai Radio Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007, Fara Fauzana & Faizal Ismail) kini program radio nombor 1 di Malaysia dengan mencatatkan jumlah kenaikan sebanyak 19% dari kajian yang lalu.

FAKTA Hot FM
• Stsesn nombor satu secara keseluruhan bagi pendengar secara purata

• Stesen nombor satu bagi lingkungan umur bawah 34 tahun

• Hot FM AM KREW yang dihoskan oleh Penyampai Radio Popular ABP Berita Harian 2007, Faizal Ismail dan Fara Fauzana merupakan program radio nombor satu Malaysia

• Stesen nombor 1 untuk pasaran utama secara terkumpul: KL/PJ, Johor Bahru, Pulau Pinang, Seberang Prai dan Ipoh.

• Hot FM mencatat angka tertinggi untuk golongan isi rumah yang memiliki pendapatan terkumpul sebanyak RM5,000 sebulan ke atas berbanding radio pesaing

• Hot FM mencatat angka tertinggi bagi kumpulan sasaran pelajar serta pekerja kolar putih, berbanding pesaing utama.

• Hot FM mencatat jumlah “jangka masa mendengar” lebih tinggi berbanding pesaing terdekat, iaitu 10.4 jam.

Friday, October 24, 2008

Kategori Kasih Sayang

1. Mencintai saudaranya lebih dari diri sendiri

a- Inilah taraf tertinggi dalam ukhwah atau berkasih sayang. Dan taraf inilah yang berlaku di kalangan para Sahabat. Terbukti bagaimana Kaum Ansar yang sanggup membahagikan sama banyak apa saja yang mereka miliki untuk Muhajirin. Kalau sedikit, sama-sama dapat sadikit. Kalau banyak, sama-sama dapat banyak.

Oleh kerana para Sahabat sangat mencintai Tuhan, maka mereka juga sangat berkasih sayang kerana kasih sayang itu adalah buah atau bukti mencintai Tuhan. Di kalangan mereka merasakan Sahabat lain lebih berharga, lebih berjasa, lebih mulia, lebih dihormati, lebih tinggi darjat, lebih perlu dibela dan lebih berhak untuk hidup berbanding diri sendiri.

b- Sesama mereka saling meraikan Sahabatnya sendiri. Sedangkan mereka sering bertemu namun mereka meraikan sesama mereka seperti meraikan tetamu yang dua tiga tahun terpisah. Sesama mereka sentiasa mesra, ceria dan meriah. Mereka tidak sekali-kali bersengit hati dalam perkara material.

c- Dalam hal membela kehidupan, mereka memberi sebelum diminta. Dalam keadaan tidak memiliki untuk keperluan sendiri, namun mereka tetap mengusahakan untuk orang lain. Mereka merasa malu kalau memberi setelah terlebih dulu Sahabat lain meminta, kerana seolah-olah tidak peka dan tidak prihatin kepada Sahabatnya sendiri. Meminta sesama mereka tidak dianggap hina atau menjatuhkan maruah diri kerana begitulah kehidupan berjemaah atau dalam satu keluarga. Yang tidak berlaku ialah sifat meminta-minta.

d- Sesama mereka, para Sahabat sangat menjaga adab bersahabat, di antaranya menjaga aib dan maruah diri sesama mereka. Mereka merasakan ibarat satu tubuh, oleh itu mengumpat, menghina, menjatuhkan maruah, membuka aib seolah-olah ditujukan kepada diri sendiri.

e- Begitu tinggi tahap persaudaraan dan kasih sayang mereka, begitulah utuhnya tahap perpaduan mereka. Sebab itu mereka sangat dibantu oleh Tuhan dan dikagumi manusia serta ditakuti oleh musuh.

f- Sanggup bergalang ganti nyawa.

g- Sangat pemaaf



2. Mencintai saudaranya sama seperti mencintai diri sendiri

Maksud Hadis Rasulullah SAW: ‘Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri.”

Ini adalah kategori kedua, merupakan tahap yang sewajarnya dipertahankan dan tidak boleh di bawah daripada ini. Kalau di bawah daripada tahap ini maka tidak lagi termasuk dalam adanya kasih sayang atau ukhwah.

Mencintai saudara seagama dikaitkan dengan kesempurnaan iman. Inilah hujah bahawa ukhwah atau kasih sayang itu dipandang besar oleh Tuhan hingga dikaitkan dengan kesempurnaan iman seseorang. Untuk lebih mudah difahami tahap ini ialah:

a- Rasa bersama yang amat kuat. Apa yang kita rasai, itulah yang dirasai oleh saudara kita dan sebaliknya. Susah sama susah, senang sama senang. Apa yang kita sukai sesuatu itu ada atau berlaku kepada diri, itu juga yang kita sukai ada atau berlaku kepada saudara kita. Kejayaan saudara kita, itu juga kejayaan kita dan sama-sama bersyukur serta bergembira. Begitu juga kalau saudara kita gagal, ditimpa ujian atau musibah, maka kita rasai kegagalan bersama dan berusaha mengatasi secara bersama.

b- Hidup bela-membela.

c- Mudah sepakat dan muafakat dan seia sekata.

d- Saling mengambil tahu antara satu dengan yang lain. Kalau ada yang meminta, pasti ditunaikan.

e- Sangat kuat mengorbankan perasaan sehingga tidak ada yang tersinggung atau terguris hati atau kecil hati. Andainya berlaku juga ada hal yang tidak menyenangkan, masing-masing hanya menelannya begitu saja agar keburukan itu tidak dijaja atau tidak tersebar.

f- Hidup dalam suasana bertolak ansur, mengutamakan budi bicara dan bertimbang rasa. Bertolong bantu dalam apa saja aspek taqwa dan kehidupan, tetapi sangat menutup pintu kejahatan.

Beginilah salah satu ciri keanehan ajaran Islam yang dikagumi oleh pihak lain termasuk musuh. Mereka melihat secara dalam realiti kehidupan Sahabat betapa indahnya ajaran Islam secara praktikal. Musuh pula takut dan berusaha memecahkan perpaduan agar umat Islam menjadi lemah. Selama ini keindahan Islam hanya ada pada ajarannya, tetapi bukan pada penganutnya. Sebab itu musuh tidak takut.


3. Lebih mencintai diri sendiri berbanding orang lain.

Kategori ini, masing-masing mementingkan diri sendiri. Puncanya ialah cinta dunia yang menimbulkan perpecahan. Tidak berkumpul dua cinta dalam satu hati serentak. Apabila hati mencintai Tuhan, hati yang sama tidak akan mencintai duniawi dan sebaliknya. Dunia yang dicintainya bukan material sahaja tetapi termasuk yang bersifat maknawiah seperti pangkat, populariti, pengaruh, keluarga serta klik sendiri.

Orang yang mencintai dunia, dia tidak akan memikirkan nasib agama dan masyarakatnya. Apa yang penting ialah cita-cita peribadinya tercapai. Lantaran itu dia sanggup berbuat apa saja tanpa pedulikan agama dan nasib orang lain, biarpun agama dan masyarakatnya sendiri terabai dan terpinggir. Bahkan lebih teruk daripada itu, dia sendiri turut menyumbang kepada rosaknya agama dan masyarakat, sekiranya dengan cara itu dia meraih keuntungan peribadi. Perpecahan sengaja dicetuskan agar dia kekal berkuasa, dapat kekayaan dan pengaruh. Kerosakan sengaja dicetuskan, selepas itu dia juga yang menjadi wira kononnya sangat prehatin terhadap masaalah masyarakat.

Dalam masyarakat yang semua mementingkan diri sendiri, natijahnya ramai orang terbiar, terabai, terpinggir dan tidak mendapat pembelaan. Mereka yang bernasib malang ini berada di mana-mana, bahkan di sesetengah negara menjadi golongan majoriti. Kalau ada yang menagih pembelaan, bukan sahaja akan kecewa bahkan dimalukan, ditempelak, diherdik, dijaja aibnya dan dijatuhkan maruahnya. Dituduh dengan berbagai andaian dan penuh prasangka.

Membela orang memang suruhan Tuhan dan Tuhan sukai, menjatuhkan maruah dan menjaja nama baik orang itu adalah berdosa, tambah pula kalau sampai memecahbelahkan perpaduan masyarakat, termasuk dosa besar. Itu semua tidak diambil kira. Dosa pahala dan apa kata Tuhan tidak ada dalam kamus hidupnya. Sebab itu hingga hari ini masyarakat Islam lemah, agama terpinggir dan tidak diperjuangkan kerana ramai di kalangan orang Islam yang bersikap begini. Kerana tidak mencintai Tuhan sebaliknya mencintai dunia, maka kasih sayang pun tiada, perpecahan menjadi-jadi.

Di sinilah para pejuang perlu berjemaah agar dapat hidup berkasih sayang, saling membela sesama pejuang, mencurah tenaga bersepadu umpama satu tubuh dengan setiap anggota ada peranan. Atau umpama satu bangunan yang setiap batu bata saling menguatkan, membahu, lengkap-melengkapi pada posisi dan peranan masing-masing yang membuahkan perpaduan sekaligus kekuatan yang luar biasa. Perlu bergabung tenaga menurut bidang dan kemampuan masing-masing kerana diakui tiada individu yang mampu membuat semua jenis dan bidang kerja. Itu sudah memang sunnatullah yang kita kena terima. Apabila anggota pejuang itu mencurahkan tenaga kepada perjuangan maka kenalah pula jemaah membela kehidupan mereka walaupun tanpa diminta. Dengan cara itu mereka tidak terganggu untuk terus memberi tenaga oleh urusan peribadi.

Dalam berperanan pula, jangan mengukur standard kemampuan orang lain dengan keupayaan diri. Itu ciri orang ego yang membatalkan kasih sayang. Dalam satu pasukan masing-masing ada kemampuan dan peranan tersendiri. Janganlah scorer perlecehkan barisan pertahanan dan penjaga gol kerana tidak pernah menyumbat gol lawan lantas mengatakan penjaga gol itu bukan pemain. Janganlah atlit pecut pertikaikan atlit angkat berat kerana tidak mampu memecut macam dirinya. Kalau kita pertikaikan orang lain, mereka juga ada ruang untuk pertikaikan kita, maka berlakulah saling mempertikai sesama pejuang. Hakikat inilah yang perlu diterima dan difahami oleh setiap pejuang agar perpaduan tetap kekal utuh.

Hubungan antara pemimpin dengan pengikut dalam jemaah atau dalam kelompok atau dalam pertubuhan atau apa-apa institusi, bukan seperti majikan dan kuli. Dalam jemaah, hubungan yang dijalin umpama adik-beradik. Perbezaan hanyalah pada tanggungjawab dan peranan. Jawatan itu hanyalah dari sudut keupayaan berperanan dan bukan penentu taqwa. Taqwa adalah darjat manusia di sisi Tuhan, tiada siapa yang tahu. Betapa tersembunyinya taqwa itu, adakalanya orang lain dibantu atas sebab taqwa orang lain. Manakala diri orang bertaqwa itu diselubungi berbagai kelemahan. Inilah caranya Tuhan hendak selamatkan orang yang bertaqwa itu kerana kalau dia sendiri terdetik di hati merasai dia orang bertaqwa maka Tuhan batalkan taqwanya.

Berbalik tentang hubungan pemimpin dengan pengikut yang bagaikan adik-beradik, pemimpin itu abang, pengikut itu adik. Sesama mereka di ikat oleh kasih sayang. Sama-sama merasakan dapat saluran ibadah dan menyumbang bakti menurut kemampuan yang Tuhan anugerahkan. Ini berbeza dengan majikan dan kuli. Kalau majikan dan kuli diikat oleh kepentingan, majikan hendakkan untung dengan memerah tenaga kuli, manakala kuli hendakkan gaji. Tidak ada kasih sayang. Bila majikan perlukan kuli, diambil bila-bila masa dengan berbagai tawaran. Sepanjang bekerja boleh ditengking herdik. Nasib mereka tidak difikirkan. Bagaimana situasi kehidupan mereka tidak pernah difikirkan. Sekiranya tenaga mereka tidak diperlukan lagi atau syarikat menghadapi masalah ditendang begitu saja. Sebab itu banyak syarikat bertindak membuang pekerja.

Ketiadaan kasih sayang, manusia akan hidup menderita walaupun kaya raya, betapalah kalau papa. Ketiadaan kasih sayang, manusia tiada tempat hendak mengadu, derita tanggung sendiri. Akibatnya menjadi orang yang membenci orang lain.

Kesan dari kasih sayang amat besar kepada manusia. Kalau ayah memberi kasih sayang kepada isteri dan anak-anak, mereka satu keluarga akan menjadi ceria dan bahagia. Anak-anak akan mudah taat dan mendengar kata. Kalau guru-guru memberi kasih sayang, anak murid akan menjadi lembut dan mudah dididik. Kalau pemimpin memberi kasih sayang kepada anak buah, mereka akan sanggup berkorban apa saja dengan penuh rela. Mereka taat dalam perasaan yang bahagia dan seronok, dan tidak ada istilah taat dalam seksa atau derita, atau istilah lain taat dalam rasa terpaksa. Apa tugas atau kerja yang diberikan kepada mereka akan disambut dengan penuh gembira. Ke mana saja mereka disuruh pergi mereka merasakan mendapat satu hiburan, kalau ingkar terasa hilanglah berkat hidup, bahkan rasa berdosa.

Pemimpin yang begini sifatnya, kehadirannya dinanti-nanti. Ketiadaannya dirindui dan terasa kehilangan. Bersua muka saja hati sudah merasa lega. Ketika mula bertemu, separuh masalah sudah terasa ringan dan hilang. Bertemu sekejap rasa tidak puas, bertemu lama tidak pula jemu. Sekali bertemu tiga bulan jiwa rasa terisi dan mendapat ilmu serta panduan, ibarat pokok layu yang mendapat siraman air. Tegurannya tidak melukakan hati atau mengguris hati bahkan jadi penyembuh jiwa yang gersang.

"KEJAYAAN BERGANTUNG KEPADA APA YANG KITA LAKUKAN DENGAN DIRI ANDA."

Kita perlu INGAT bahawa kitalah yang bertanggungjawab sepenuhnya
keatas KEJAYAAN diri sendiri. Orang lain hanya boleh membantu,
menegur, memberi nasihat dan peringatan, serta membimbing dan
menolak kita dari belakang. Sebaliknya tanggungjawab untuk
bertungkus lumus dan BERTINDAK bagi menjayakan sesuatu kerja
terletak pada diri kita sendiri.

Jadi, apa yang kita lakukan terhadap diri sendirilah yang akan
menentukan KEJAYAAN atau sebaliknya. Jika kita menggunakan
segala POTENSI yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita untuk
mencapai matlamat tertentu, bersikap lebih POSITIF serta
berusaha bersungguh-sungguh dan berterusan, nescaya kita
akan BERJAYA.

Jadi kesimpulannya, untuk tujuan apa kita gunakan POTENSI
diri yang ada pada diri sendiri dan sehebat mana kita
menggilap POTENSI itu akan menentukan KEJAYAAN buat diri kita.
Jadi KEJAYAAN banyak bergantung kepada apa yang kita lakukan
terhadap diri kita pada hari ini. TINDAKAN kitalah yang
akan menentukan KEJAYAAN...MULAKAN DENGAN LANGKAH PERTAMA.

"PADA MULANYA SEMUA PERKARA SUSAH,
SEBELUM MENJADI SENANG"

KLIK url di bawah untuk Pendaftaran dan Keterangan lanjut:
http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=isteriku