Bio-Asli.com


PRODUK Luarbiasa Hebat .. PAYPLAN Menarik

KINI Semakin MENGGEGAR
PAYPLAN 5 KAKI SPILL-OVER dengan 20 LEVEL INTERAKTIF

Tempatkan Diri ANDA Di Dalam Program
Affiliate Terhangat ini SEKARANG!!!

Faedah-faedah Menjadi Ahli
- Komisyen promosi sehingga 20 level Interaktif-wow !!!
- Hadiah-percuma
- Sistem stokis online diperkenalkan-Semua ahli layak memohon.
- Produk baru akan dilancarkan-setiap 3 bulan (atau masa yang sesuai)
- Cabutan Hadiah tahunan
- Dan banyak lagi........

Produk-produk kami TERLARIS Di Pasaran Internet

- Minyak VCO31 "Minyak Power Rangers" ... SUAMI JUARA .. ISTERI CERIA
- Minyak Habbatus Sauda + VCO ... Merawat tubuh secara keseluruhan.
- Minyak VCO + Madu
- Minyak VCO Pure
- Pati Jus Berkhasiat
- Produk-produk hebat akan sentiasa di tambah dari masa kesemasa


Jangan Berlengah Lagi Sertai Sekarang!

KLIK url di bawah untuk Pendaftaran dan Keterangan lanjut:
http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=isteriku

Saturday, November 1, 2008

Mawi Oh Mawi

Andainya tiada apa-apa halangan maka penutup tirai 2008 ini masyarakat Malaysia bakal menyaksikan salah satu perkahwinan termahal. Perkahwinan Mawi dan Ikin. Jangan ada mana-mana pihak yang pertikaikan tingginya kos perkahwinan tersebut. Bukankah perkahwinan itu ditaja. Tiada masalah bagi penaja berbelanja besar sebab pulangannya juga adalah besar. Sebelum ini sudah banyak berlangsungnya perkahwinan mahal umpama perkahwinan Mawi.

Menurut Mawi, kononnya kalau buat kecil-kecilan nanti orang kata kedekut. Alasan demikan lazimnya orang tidak boleh terima. Berlebih-lebihan dan mewahlah biasanya orang persoalkan. Namun aspek ini juga tidak penting untuk diperkatakan kerana setiap orang akan berbeza pandangan. Itu adalah perkara biasa.

Apa yang lebih penting untuk Mawi ambil perhatian, peka dan prihatin ialah rumahtangga dikalangan artis. Memanglah, soal krisis rumahtangga bukan melanda dikalangan artis sahaja. Fakta ini memang diakui. Golongan lain pun sama juga kedudukannya. Yakni krisis rumahtangga berlaku dikalangan golongan lain. Cuma krisis rumahtangga dikalangan public figure seperti artis dipandang negatif oleh masyarakat. Selain itu perlu juga difahami, kalau dikalangan seribu orang guru umpama, seribu orang polis atau askar atau pekerja kilang, lima puluh orang yang bercerai maka itu baru kedudukannya lima peratus. Bagaimana kalau jumlah yang sama iaitu lima puluh orang daripada seratus artis. Bukankah kedudukannya adalah lima puluh peratus.

Terdapat dua jenis ikatan cinta antara suami isteri iaitu cinta fitrah dan cinta iman. Ikatan atas dasar cinta fitrah bukan satu jaminan rumahtangga akan aman damai. Cinta fitrah adalah anugerah Allah kepada semua manusia. Inilah perasaan atau rasa cinta yang Allah SWT sudah bekalkan secara semula jadi, yakni lelaki inginkan wanita dan begitulah sebaliknya. Perlu diingat, cinta fitrah ini kalau tidak tercabar, tiada risiko, tiada ujian, tiada ancaman, tiada halangan, tiada gangguan, tiada saingan, tidak terusik dan tidak terganggu, memang boleh bertahan dan tidak tergugat hingga kehujung hayat. Cinta fitrah ini sifatnya mudah luntur sekiranya tercabar atau ada risiko atau ada halangan. Umpamanya mencintai atas sebab cantik. Bila hilang kecantikan atau sudah berusia maka lunturlah cinta. Bagitu juga umpamanya cinta atas sebab bertubuh sasa. Bila kurang sasa maka kuranglah cinta.

Orang kata, cinta itu buta. Cinta iman inilah yang amat buta kerana cinta atas ikatan iman, tidak mengenal sebarang kepentingan kecuali Allah. Cinta iman tidak mempedulikan rupa paras, harta benda, pangkat dan darjat. Ikatan cinta iman ialah suami isteri sama-sama mahu mendapatkan Tuhan. Cinta iman adalah berkahwin kerana Tuhan, ikut syariat Tuhan dan matlamatnya adalah Tuhan dan sama-sama mahu selamat di akhirat. Hanya cinta iman sahaja yang terjamin, tidak pudar dan tidak luntur. Biar bagaimana besar badai rumahtangga yang melanda namun cinta iman tetap utuh, seutuh keimanan kepada Allah SWT. Di akhir zaman ini amat sukar menemui cinta iman kerana manusia sudah kurang menitik beratkan soal iman. Semoga rakyat Malaysia sama-sama menyaksikan sebuah cinta iman milik Mawi dan Ikin. Cinta sejati yang semakin lama semakin mendalam dan semakin bahagia.

sumber;SayangiKeluarga.com

No comments: