Bio-Asli.com


PRODUK Luarbiasa Hebat .. PAYPLAN Menarik

KINI Semakin MENGGEGAR
PAYPLAN 5 KAKI SPILL-OVER dengan 20 LEVEL INTERAKTIF

Tempatkan Diri ANDA Di Dalam Program
Affiliate Terhangat ini SEKARANG!!!

Faedah-faedah Menjadi Ahli
- Komisyen promosi sehingga 20 level Interaktif-wow !!!
- Hadiah-percuma
- Sistem stokis online diperkenalkan-Semua ahli layak memohon.
- Produk baru akan dilancarkan-setiap 3 bulan (atau masa yang sesuai)
- Cabutan Hadiah tahunan
- Dan banyak lagi........

Produk-produk kami TERLARIS Di Pasaran Internet

- Minyak VCO31 "Minyak Power Rangers" ... SUAMI JUARA .. ISTERI CERIA
- Minyak Habbatus Sauda + VCO ... Merawat tubuh secara keseluruhan.
- Minyak VCO + Madu
- Minyak VCO Pure
- Pati Jus Berkhasiat
- Produk-produk hebat akan sentiasa di tambah dari masa kesemasa


Jangan Berlengah Lagi Sertai Sekarang!

KLIK url di bawah untuk Pendaftaran dan Keterangan lanjut:
http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=isteriku

Tuesday, December 30, 2008

Ditakdirkan untuk menjadi raja

KUALA PILAH - Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sepatutnya berpeluang menjadi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan pada 1967.

Namun pada waktu itu, baginda hanya berusia 18 tahun dan disebabkan masih muda, tampuk pemerintahan yang kosong ekoran kemangkatan ayahandanya, Almarhum Tuanku Munawir diserahkan kepada bapa saudaranya, Almarhum Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman.

Selepas 41 tahun, Undang Yang Empat serta Tunku Besar Tampin semalam memutuskan Tuanku Muhriz, kini berusia 60 tahun, dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11 menggantikan Tuanku Ja'afar yang mangkat pada Sabtu lalu.

Pengumuman pemasyhuran itu dibuat oleh Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Dohak, 47, pada pukul 3.45 petang semalam dalam majlis penuh adat istiadat di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti di sini.

Berbeza dengan negeri lain, pemilihan raja di Negeri Sembilan ditentukan oleh Undang Yang Empat iaitu Undang Luak Sungai Ujong, Undang Luak Jelebu, Undang Luak Rembau, Undang Luak Johol dan Tunku Besar Tampin.

Istiadat pemasyhuran yang dimulakan dengan tembakan meriam 32 das diteruskan sebaik kesemua Putera Yang Empat, Anak Raja Bergelar, Tunku Besar Tampin dan Undang Yang Empat memasuki Balairong Seri.

Sebaik semua Undang Yang Empat menghadap Tuanku Muhriz, persembahan Mas Manah disampaikan oleh Mubarak, sekali gus kedengaran tembakan meriam 21 das menandakan pemasyhuran baginda sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru.

Pada istiadat itu, Undang Luak Jelebu, Datuk Musa Wahab, 71, Undang Luak Rembau, Datuk Muhamad Sharip Othman, 67, dan Undang Luak Johol, Datuk Mohd. Jan Abdul Gani, 67, turut hadir.

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM

No comments: